Saturday, March 27, 2010

Keluargaku Kekasihku






Isteriku,

Kau hadir dalam hidupku,

Tidak ku duga kaulah calon isteriku,

Lain dirancang rezeki mendatang,

Siapa sangka jodoh ini berterusan,

Walupun penuh rintangan tapi cinta kita kerana Allah,

Itu lah Kuasa Allah yang maha esa.


Jejak syurga atau Jejak Neraka







KE MANA ANDA SEKARANG?


Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.

Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.

Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

Friday, March 26, 2010

Wanita vs Neraka








Salam..kawan-kawan..

Kenapa wanita???

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mulia. Ianya berasal dari tulang rusuk Nabi Adam a.s terciptalah Hawa seterusnya berkembanglah generasi sampailah kepada kita sekarang. Alhamdulillah, Allah s.w.t kasih dan saying kepada wanita solehah. Persoalannya disini, kenapa golongan wanita banyak dikaitkan dengan NERAKA ?

Jom kita selidik bersama-sama kenapa perkara ini berlaku.

Amalkan tips 7P untuk kebahagiaan rumahtangga



Salam Kawan-kawan...
Ini adalah tips- tips kebahagian rumahtangga bagi yang sudah kahwin , bakal kahwin dan yang tak kahwin lagi pun nanti boleh amalkan. Banyak tips- tips bagi menjadikan rumahtangga seseorang itu bahagia tetapi disini saya cuma hendak kongsi ilmu dengan semua tentang amalan 7p keluarga bahagia.

Amalannya seperti berikut:

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu

sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima

kasih apabila diberi pertolongan.

2. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

3. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian

boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan





Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwudhuklah kamu sebelum kamu diwudhukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih




Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah



Thursday, March 25, 2010

Mari Bertarannum





 
Seruan Rasulullah supaya umatnya membaca al-Quran dengan suara yang baik (diriwayatkan oleh Imam Ahmad Abu Daud & Ibnu Majjah yang bererti :Lagu Bayati


Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara2 kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja dapat menambah keelokan bacaan al-Quran itu.


Asal usul tarannum tercipta kerana umat Arab pada masa silam ingin mengisi kekosongan jiwa mereka. Mereka memerhati bunyi-bunyi persekitaran, diantaranya ialah :

- bunyi deruan angin

- bunyi geseran daun-daun dan pokok-pokok kayu

- bunyi titisan air dan air yang mengalir

- bunyi nyanyian dan kicauan burung


Mari mengenali dunia Khat








Salam..Sahabat-sahabat semua.

.Saya pun tidak tahu kenapa tergerak hati untuk berkongsi ilmu tentang seni khat di ruangan ini. Terlebih dulu saya mohon maaf kerana saya pun tidak pandai dan mahir pun dalam bidang ini. Cuma kita boleh berkongsi ilmu apa yang saya dapat dari bahan bacaan dan blog pengiat-pengiat Khat.

Apa itu khat?

Khat ialah perkataan arab yang bermaksud garisan. Oleh itu, seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan arab pula mempunyai nilai dan maksud yang tinggi.

Bahan- bahan asas untuk penulisan khat.

Peralatan asas untuk menulis khat adalah penting. Hal ini kerana sesuatu hasil karya yang baik mestilah daripada peralatan yang berkualiti. Pemilihan alat penulisan mestilah dititikberatkan. Antara bahan asas yang perlu adalah seperti berikut:


• Peralatan menulis

Pen khat, kayu resam dan sebagainya. Setiap pena mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini, digalakkan menggunakan kesemua jenis pena. Pakar-pakar khat biasanya menggunakan pena dari tumbuhan seperti buluh, resam, batang pinang, dan kayu ijuk untuk menulis. Penggunaan pena dari tumbuhan ini memerlukan kemahiran yang tinggi iaitu cara mengasahnya, melicinkan, dan menggunakannya degan baik. Untuk mereka yang baru belajar cara terbaik gunakan pen khat marker, yang mempunyai 3 jenis mata iaitu 1.0 (0.1cm), 2.0 (0.2cm), dan 3.0 (0.3cm). Sila lihat contoh di bawah.




Pen Khat Maker


Wednesday, March 24, 2010

Untuk apa mempunyai zuriat?

Kenapa semua ini terjadi ?





Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.


Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.


Pena bergerak..

Saya akan sajikan kepada sahabat-sahabat semua dengan aksi-aksi hebat khattat terbaik dunia.Jom sama2 saksinya. Semoga sahabat-sahabat semua terpegun dengan anugerah Allah yang telah diberikan kelebihan kepada hambanya..



Saya cipta khat yang berbentuk nama ini untuk Encik Zainol Abidin