Assalamualaikum

Thursday, March 25, 2010

Mari mengenali dunia Khat








Salam..Sahabat-sahabat semua.

.Saya pun tidak tahu kenapa tergerak hati untuk berkongsi ilmu tentang seni khat di ruangan ini. Terlebih dulu saya mohon maaf kerana saya pun tidak pandai dan mahir pun dalam bidang ini. Cuma kita boleh berkongsi ilmu apa yang saya dapat dari bahan bacaan dan blog pengiat-pengiat Khat.

Apa itu khat?

Khat ialah perkataan arab yang bermaksud garisan. Oleh itu, seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan arab pula mempunyai nilai dan maksud yang tinggi.


Sejarah Khat

Kajian ilmiah membuktikan bahawa bangsa Arab telah mengenali khat (tulisan) pada abad 6 Masihi. Ianya dibawa masuk oleh ahli-ahli perniagaan Quraisy dan pada waktu itu ia dikenali sebagai tulisan Nabati, Hiri dan Anbari ke hijjaz. Bilangan mereka yang pandai menulis di Hijjaz pada waktu ketika Islam adalah sedikit. Di kalangan suku kaum Quraisy sebelum Islam, terdapat 17 orang sahaja yang pandai menulis antaranya Umar bin Khattab, Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dan Yazid bin Abu Suffian


Seni khat zaman kedatangan Islam

Kedatangan Islam membawa keperluan yang banyak kepada pembangunan tulisan lalu membuka bidang yang luas dalam penulisan dan dakwah secara persuratan. Rasulullah s.a.w. mengizinkan penulisan Al-Quran malah berdakwah dengan menggunakan surat. Rasulullah s.a.w. mengarahkan sahabat-sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran. Kemudian, penulisan itu terus rancak pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. hingga ke zaman Saidina Uthman dengan terhimpunnya Al-Quran Mushaf Uthmani yang ditulis semula sebanyak 6 naskhah dan diedar ke beberapa jajahan Islam.


Seni khat di Alam Melayu

Seni khat mula memasuki Tanah Melayu semenjak abad ke-7 melalui dakwah dan perniagaan yang mula berpusat di Gujerat. Perlak, Sumatera, kemudiannya menjadi pusat penyebaran Islam dan titik berkembangnya seni tulisan Khat di bumi Melayu sehingga kini. Antara Penulis-penulis Khat tanahair yang tersohor antaranya ialah Syed Abdul Rahman bin Hasan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta beberapa penulis muda yang semakin menonjol pada masa kini sehingga sekarang. Pelapis-pelapis muda haruslah digilap bakat-bakat yang terpendam supaya kesenian khat tidak pupus ditelan zaman.

Tujuan belajar khat

• Memelihara al-Quran dan membudayakan tulisan al-Quran.

• Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan k

• Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan kaum muslimin sejagat.

• Mengukuhkan perpaduan umat Islam dan negara Islam.

• Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam

• Memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia kearah melahirkan generasi Al-Quran yang hidup roh Islam dan mengenal tulisan jawi.

• Menghidupkan tulisan jawi di seluruh peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi sebagai satu mata pelajaran atau ko kurikulum yang bergerak aktif dan sistematik

• Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan penulis-penulis yang berwibawa melalui seminar-seminar seperti yang telah dijalankan sebelum ini, kegiatan di bengkel dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu. Muzium Kesenian Islam dan Yayasan Restu sendiri mempunyai bengkel yang khusus dalam melahirkan penulis khat yang mempunyai daya imaginasi dan kreatif yang tinggi

• Melahirkan generasi pelapis pada masa akan datang.



Berikut adalah jenis-jenis khat yang saya kumpulkan dari internet dan blog pengiat seni khat. Telalu banyak jenis-jenis yang diperkenalkan seluruh pelusuk dunia. Antara jenis khat yang paling mashyur iaitu Khat Nasakh, khat riqaah, khat thuluth, khat Diwani, khat al-farsi dank khat Kufi.





Jenis-Jenis Khat



No comments:

Post a Comment