• Peralatan menulis
Pen khat, kayu resam dan sebagainya. Setiap pena mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini, digalakkan menggunakan kesemua jenis pena. Pakar-pakar khat biasanya menggunakan pena dari tumbuhan seperti buluh, resam, batang pinang, dan kayu ijuk untuk menulis. Penggunaan pena dari tumbuhan ini memerlukan kemahiran yang tinggi iaitu cara mengasahnya, melicinkan, dan menggunakannya degan baik. Untuk mereka yang baru belajar cara terbaik gunakan pen khat marker, yang mempunyai 3 jenis mata iaitu 1.0 (0.1cm), 2.0 (0.2cm), dan 3.0 (0.3cm). Sila lihat contoh di bawah.
Pen Khat Maker
Pena Resam & Buluh
Selain itu, pensel, pemadam, pisau, liquid paper, pen marker, pembaris, set geometri. Sebelum menulis biasanya dilakar dahulu menggunakan pensel, dan yang terbaik gunakan pensel HB (yang kurang pekatnya).
Buluh dan resam dengan mata yang berbeza
• Kertas
Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat. Kertas yang biasa digunakan ialah Art Paper, Mattart, Tracing Paper atau kertas biasa (seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah mengembangkan dakwat. Pelapik digunakan bagi menghalang kekasaran pada permukaan meja dan disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid seperti contoh di bawah
Antara contoh buluh, resam dan sebagainya
Kertas Khat
Buku rujukan khat
Dakwat
Bekas filem biasanya digunakan sebagai bekas dakwat, dan didalamnya dimasukkan span yang dicubit kecil, bertujuan untuk mengehadkan dakwat disedut semasa mencucuh pena ke dalamnya. Ini bagi mengelakkan tulisan di atas kertas rosak dan melimpah dgn dakwat. Kalau sesiapa yang biasa melihat penulis khat yang menggunakan resam atau buluh, acapkali dilihat mencucuh ke dalam bekas dakwat, selalu dicucuh untuk mendapatkan keseragaman dakwat tu apabila ditulis.
Contoh dakwat yang digunakan
Cara menulis khat dengan betul
Penulisan khat perlulah mengikut cara yang betul bagi memperoleh hasil karya yang berkualiti dan kemas.Pepenulisan khat yang terbaik adalah yang mengikut kaedah yang betul, ini kerana keseniannya dapat dilihat dengan penggunaan kaedah tulisan yang tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti yang agak sukar dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. Seseorang yang ingin mempelajarinya perlu diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar dari pengajar, membaca buku rujukan dan mengambil perhatian yang serius untuk memahami setiap pengajaran terutama dalam espek pengukuhan dan pembetula
Antara kaedah-kaedah yang betul seperti berikut:
• Cara memegang pen
- Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 90 darjah.
- Keseluruhan mata pen menyentuh kertas.
- Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen.
• Suasana semasa menulis
- Suasana mestilah tenang dan kemas.
- Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas.
- Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh.
- Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat.
• Psikologi menulis
- Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuh tumpuan kepada penulisan.
- Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suru
- Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan memahirkan penulisan
• Latihan
- Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar. Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat.
- Biasakan berlatih menulis menggunakan kaedah yang tepat.
- Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak berkali-kali sebagai latih tubi yang berkesan.
- Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.
•Rujukan
- Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim al Baghdadi yang menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.
No comments:
Post a Comment