Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara2 kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja dapat menambah keelokan bacaan al-Quran itu.
Asal usul tarannum tercipta kerana umat Arab pada masa silam ingin mengisi kekosongan jiwa mereka. Mereka memerhati bunyi-bunyi persekitaran, diantaranya ialah :
- bunyi deruan angin
- bunyi geseran daun-daun dan pokok-pokok kayu
- bunyi titisan air dan air yang mengalir
- bunyi nyanyian dan kicauan burung
Masyarakat Arab pada mulanya menerapkan seni tarannum melalui syair-syair mereka. Akhirnya apabila turun ayat2 al-Quran, maka mereka menerapkan tarannum ketika membaca ayat-ayat al-Quran.
Jenis-jenis Tarannum :
- Tarannum Lagu baiyati
- Tarannum lagu Soba
- Tarannum Lagu hijjaz
- Tarannum lagu nahawand
- Tarannum Lagu sikah
- Tarannum Lagu jaharkah
- Tarannum Lagu rast
Lagu Bayati
Tausikh Lagu Bayati
Tarannum Hijjaz
Gerakan lembut tetapi berkesan, berbentuk tegas dan bersemangat, berbentuk lincah dan menghidupkan persembahan sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud perintah, marah atau tegah.
Tarannum Soba
Gerakan yang ringan , meresap ke jiwa alunannya lembut dan mendayu amat sesuai dengan ayat2 yang menunjukkan memohon, merayu, merintih dan seumpamanya.
Tarannum Nahawand
Gerakan ringan, berkesan, berbentuk lembut ,sederhana dan memikat jiwa mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan.
Tarannum Rast
gerak lembut tetapi tegas, lembut, mempesonakan, lincah dan menyemarak sesuai dengan ayat2 yang berbentuk amaran
Tarannum Sikah
gerak lembut yang meyakinkan, lembut dan menusuk hati sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya
Tarannum Jaharkah
gerak ringan tetapi berkesan, lembut, menusuk hati unsur2 ketenangan dan harmonisesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih dan seumpamanya.
Tarannum Soba
Gerakan yang ringan , meresap ke jiwa alunannya lembut dan mendayu amat sesuai dengan ayat2 yang menunjukkan memohon, merayu, merintih dan seumpamanya
No comments:
Post a Comment