Assalamualaikum

Friday, March 26, 2010

Wanita vs Neraka








Salam..kawan-kawan..

Kenapa wanita???

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mulia. Ianya berasal dari tulang rusuk Nabi Adam a.s terciptalah Hawa seterusnya berkembanglah generasi sampailah kepada kita sekarang. Alhamdulillah, Allah s.w.t kasih dan saying kepada wanita solehah. Persoalannya disini, kenapa golongan wanita banyak dikaitkan dengan NERAKA ?

Jom kita selidik bersama-sama kenapa perkara ini berlaku.



Sebenarnya Rasulullah s.a.w sendiri yang bersabda di dalam hadisnya mengenai perkara ini. Ayuh kita renungkan bersama-sama sabda Nabi s.a.w dan mengambil intipati dari hadis ini.

Hadis ini bermaksud:

Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ‘saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, ‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka, Ali bertanya, ‘Apakah yang ayahanda lihat di sana?

Baginda bersabda:-

1) Aku melihat wanita yg digantung dengagn rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2) Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya.

3) Aku melihat wanita yg digantung dan diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit ular dan kala jengking

4) Aku melihat wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

5.Aku melihat wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya api yang menyala-nyala.

6.Aku melihat wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Aku melihat wanita yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi.

8. Aku melihat wanita berupa kepala anjing.

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ‘ Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?’

Rasulullah menjawab, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -

1.Wanita yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya.

2. wanita yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

3.Wanita yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nifas.

4.Wanita yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya..

5. Wanita yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang’.

6. Wanita yg memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

7. Wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti himar ahli pengumpat dan pendusta.

8) Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.’

Marilah kita renungkan sama-sama.Semoga kita semua terlindung daripa termasuk kedalam golongan tersebut. Nauzubillahi min zalik.

















No comments:

Post a Comment