Ini adalah tips- tips kebahagian rumahtangga bagi yang sudah kahwin , bakal kahwin dan yang tak kahwin lagi pun nanti boleh amalkan. Banyak tips- tips bagi menjadikan rumahtangga seseorang itu bahagia tetapi disini saya cuma hendak kongsi ilmu dengan semua tentang amalan 7p keluarga bahagia.
Amalannya seperti berikut:
1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima
kasih apabila diberi pertolongan.
2. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
3. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
4. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.
5. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.
6. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
7. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang
antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan
keseronokan dunia....
"Ya Allah, jadikanlah rumahtangga kami kekal ke akhir hayat dan jauhkanlah kami dari godaan kemewahan dunia yang fana ini. Wahai tuhan kami, selamatkanlah kami, bukakanlah pintu rezeki bagi kami.Kami bersyukur di atas nikmat yang kau curahkan kepada kami..Perkenankanlah doa kami..Amin Ya Rabbalalamin".....
Semoga kita sama2 amalkan ye....
1 comment:
satu lgi...
Phone
Demo kuat tepon..
Post a Comment