Isteriku,
Kau hadir dalam hidupku,
Tidak ku duga kaulah calon isteriku,
Lain dirancang rezeki mendatang,
Siapa sangka jodoh ini berterusan,
Walupun penuh rintangan tapi cinta kita kerana Allah,
Itu lah Kuasa Allah yang maha esa.
Isteriku,
Hadirmu banyak merubah kehidupanku,
Tika ku jatuh kaulah disisiku,
Kaulah pendokong semangatku,
Aku kembali bersemangat menuskan kehidupanku.
Isteriku,
Dalam tempoh kita disatukan,
Banyak rintangan melanda,
Walaupun susah tapi pengorbanan mengatasi segalanya.
Namun kau tetap menyayangiku.
Isteriku,
Musim berubah musim,
Hari silih berganti,
Detik ditunngu telah tiba,
Lahirlah permata kita,
Penyeri hidup kita.
Anakku,
Betapa susahnya Ibumu mengandungkanmu,
Perkara susah menjadi senang,
Penat lelah menjadi ringan,
Hanya keranamu.
Anakku,
Harapanku kau menjadi orang berguna suatu hari nanti,
Jadilah anak yang soleh,
Akanku mendidikmu mengenal erti Islam,
Agar kau menghormati ayah dan ibumu.
Isteriku,
Kita akan sama-sama mengharungi cabaran,
Penat dan letih ditanggung bersama,
Apa yang penting anak kita senang,
Didikan jangan diabaikan.
Isteriku,
Terima kasih atas segalanya,
Pengorbananmu takkan ku sia-siakan,
Kaulah, Isteri solehah penyejuk hatiku,
Semoga berkekalan Dunia dan Akhirat.
2 comments:
Good Luck..
smga bhgia d samping anak dan isteri tercinta
Post a Comment